ARTIKEL PILIHAN 1 : 7 MENTALITI USAHAWAN BERJAYA
1. Mengesan peluang
USAHAWAN SEJATI
memang cepat menghidu sesuatu peluang. Lebih cepat menghidu suatu peluang itu
maka peluang untuk mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat
mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah keuntungan yang
diperolehi.
2. Hapuskan halangan minda
Ya! Halangan dalam usaha memang
banyak. Tapi semua itu dapat diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu
halangan ini iaitu 'halangan minda'. Halangan minda terbesar ialah tidak
percaya dengan kebolehan diri sendiri menyebabkan langkah pertama pun sukar
untuk diambil. Tanpa langkah pertama, bagaimana agaknya untuk melakukan
langkah-langkah berikutnya.
3. Tingkatkan kebolehan belajar
Kita mesti cepat belajar. Semakin
cepat belajar maka semakin cepat kita boleh lakukan. Cuma nasihat saya, jangan
belajar terlalu banyak tanpa melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.
4. Keluar dari zon selesa
4. Keluar dari zon selesa
Yang dimaksudkan dengan keluar dari
zon selesa ialah sentiasa mempelajari skill lain. Contohnya kalau selama ini
kita telah selesa dengan blogging, mungkin kita belajar pula affiliate. Kalau
selama ini kita telah belajar affiliate, mungkin sekarang belajar mencipta
produk sendiri.
5. Bina jambatan ilmu
Ini boleh dilakukan dengan
mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan mereka yang berpengetahuan. Dengan mengembangkan
rangkaian makan kita boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang
lain.
6. Melabur untuk minda
Saya rasa ini ramai yang sudah sedia
maklum. Pelaburan ini boleh dilakukan dengan membeli bahan maklumat terkini dan
menghadiri kursus-kursus tertentu. Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan
membawa pulangan yang lumayan.
7. Bersyukur
Ya! Dengan cara bersyukur kita akan
lebih kenal dengan anugerah yang telah diberikan kepada kita untuk kita majukan
lagi diri kita.
No comments:
Post a Comment