Salam Ramadhan kepada semua usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan. Satu lagi lembaran baru bagi Tahun 2014 ini pasti dimulakan dengan amalan yang mulia iaitu Puasa di Bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w.
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka
akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu
diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika
umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan
Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang
tahun itu sebagai bulan Ramadhan." Antara KEISTIMEWAAN bulan Ramadhan adalah;
(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.
(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
Selamat Berjuang di Bulan Ramadhan....

No comments:
Post a Comment