Seorang yang kaya tidak semestinya berjaya, dan seorang yang berjaya tidak semestinya kaya. Itulah perumpamaan maksud dua perkataan hikmat yang sering disebut oleh kita.
"Aku ingin kaya", "Aku
mahukan kejayaan", "Aku sudah kaya", "Aku sudah
berjaya".
Dua istilah ini sering menjadi sebutan oleh banyak antara kita terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan. Malah dalam situasi pekerjaan samaada di sektor swasta atau kerajaan, masing-masing mahukan kekayaan ataupun kejayaan atau kedua-duanya sekali. .
Namun persoalannya, yang mana satukah yang harus dicapai dahulu?
The richest men has said;
Dua istilah ini sering menjadi sebutan oleh banyak antara kita terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan. Malah dalam situasi pekerjaan samaada di sektor swasta atau kerajaan, masing-masing mahukan kekayaan ataupun kejayaan atau kedua-duanya sekali. .
Namun persoalannya, yang mana satukah yang harus dicapai dahulu?
The richest men has said;
"Successful or
richnest is not depend on your bank account, but it is
depend on your
MIND"
Sering kali kita bertemu seorang yang
telah menjadi jutawan yang dikatakan “KAYA” namun banyak yang tidak beJAYA
dalam KEHIDUPAN. Wang, Harta yang banyak tidak menjamin KEJAYAAN seseorang
untuk mencapai MATLAMAT KEBAHAGIAAN dalam hidup. Kehendak manusia sukar
dipuaskan dan dipenuhi. Selagi masih hidup, kehendak dan keinginan manusia
tidak akan terbatas. Apakah sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan ini?
Allah berfirman
“TidakKu jadikan jin dan manusia itu melainkan
beribadat kepadaKu”
Nah!! Inilah sebenarnya matlamat kehidupan
yang kita cari selama ini. Banyak antara kita yang tidak menjumpai matlamat ini
dan menamatkan riwayat hidup kerana tidak dapat menempuhi rintangan dalam
mencari KEKAYAAN dan KEJAYAAN. Namun demikian, ibadat tidak berkisar kepada
Solat, Puasa dan Zakat sahaja, ianya adalah meliputi semua ASPEK kehidupan
manusia selagi tidak bertentangan dengan ajaran Allah s.w.t dan rasulNya. Semua
perkerjaan, tindakan kita adalah ibadah jika ianya diNIATKAN dengan nama Allah.
“Setiap perkara itu
hendaklah dimulakan dengan NIAT”.
Di sinilah letaknya matlamat KEHIDUPAN,
KEKAYAAN dan KEJAYAAN yang sebenarnya dicari oleh setiap insan. Mari kita
sama-sama betulkan NIAT kita berjuang HANYA untuk Allah s.w.t. Mulakan setiap
perkara dan Bismillah dan NIAT serta DOA yang baik.
Allah berfirman; “Berdoalan kepadaKu,
nescaya akan aku perkenankan kepadamu”
Moga apa yang kita usahakan menjadi
ibadah dan apa yang kita cari selama ini iaitu KEKAYAAN dan KEJAYAAN akan
tercapai dengan IZIN ALLAH.