Wednesday, August 13, 2014

JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA SESIAPAPUN



Pernah dengar tak cerita tentang profesor dan pengayuh sampan?

Kalau tak pernah, jom teruskan bacaan k..

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabu...ng uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.

emel dari sahabat usahawan internet

Thursday, August 7, 2014

Fikirkan Kejayaan Impian dan Bertindak

Ramai antara kita yang mengimpikan kejayaan. Ada yang mahukan wang yang banyak, pendapatan/ gaji yang besar, rumah yang besar, kereta mewah, bebas berbelanja dan tidak kurang juga yang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Semua ini adalah impian yang biasanya diimpikan oleh kebanyakan manusia.

Lazimnya kita akan melihat impian hanya tinggal impian, namun daripada kebanyakan manusia tersebut, keluarlah beberapa individu yang berjaya mencapai impian mereka. Kenapa? Bagaimana? Jika dibandingkan dengan insan yang lain, mereka tetap sama, mempunyai impian dan mungkin kemahiran yang sama. Apa yang memBEZAkan mereka adalah TINDAKAN.

Kuasa TINDAKAN memainkan peranan yang penting untuk mencipta kejayaan impian. Apapun impian anda jika anda tidak bertindak, ianya hanya impian yang menjadi kenangan. Inilah KUASA TINDAKAN. Bertindak dengan adanya Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Istiqamah adalah formula yang telah diterapkan oleh Sifu Usahawan Termasyur di Negara kita. Berguru hendaklah kepada yang pakar dan mahir dan mempunyai pengalaman dalam bidang yang sama atau yang hampir sama.

So, BerTINDAK bermula sekarang, pasti anda akan merasa perbezaan hasil yang diperolehi.

..... BERJAYA DAN KAYA....

Friday, July 4, 2014

MEMBINA KEKAYAAN ATAU KEJAYAAN





Seorang yang kaya tidak semestinya berjaya, dan seorang yang berjaya tidak semestinya kaya. Itulah perumpamaan maksud dua perkataan hikmat yang sering disebut oleh kita.

"Aku ingin kaya", "Aku mahukan kejayaan", "Aku sudah kaya", "Aku sudah berjaya".

Dua istilah ini sering menjadi sebutan oleh banyak antara kita terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan. Malah dalam situasi pekerjaan samaada di sektor swasta atau kerajaan, masing-masing mahukan kekayaan ataupun kejayaan atau kedua-duanya sekali. .

Namun persoalannya, yang mana satukah yang harus dicapai dahulu?

The richest men has said;
"Successful or richnest is not depend on your bank account, but it is
depend on your MIND"

Sering kali kita bertemu seorang yang telah menjadi jutawan yang dikatakan “KAYA” namun banyak yang tidak beJAYA dalam KEHIDUPAN. Wang, Harta yang banyak tidak menjamin KEJAYAAN seseorang untuk mencapai MATLAMAT KEBAHAGIAAN dalam hidup. Kehendak manusia sukar dipuaskan dan dipenuhi. Selagi masih hidup, kehendak dan keinginan manusia tidak akan terbatas. Apakah sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan ini?

 Allah berfirman “TidakKu jadikan jin dan manusia itu melainkan
beribadat kepadaKu”

Nah!! Inilah sebenarnya matlamat kehidupan yang kita cari selama ini. Banyak antara kita yang tidak menjumpai matlamat ini dan menamatkan riwayat hidup kerana tidak dapat menempuhi rintangan dalam mencari KEKAYAAN dan KEJAYAAN. Namun demikian, ibadat tidak berkisar kepada Solat, Puasa dan Zakat sahaja, ianya adalah meliputi semua ASPEK kehidupan manusia selagi tidak bertentangan dengan ajaran Allah s.w.t dan rasulNya. Semua perkerjaan, tindakan kita adalah ibadah jika ianya diNIATKAN dengan nama Allah.

“Setiap perkara itu hendaklah dimulakan dengan NIAT”.

Di sinilah letaknya matlamat KEHIDUPAN, KEKAYAAN dan KEJAYAAN yang sebenarnya dicari oleh setiap insan. Mari kita sama-sama betulkan NIAT kita berjuang HANYA untuk Allah s.w.t. Mulakan setiap perkara dan Bismillah dan NIAT serta DOA yang baik.

Allah berfirman; “Berdoalan kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan kepadamu”

Moga apa yang kita usahakan menjadi ibadah dan apa yang kita cari selama ini iaitu KEKAYAAN dan KEJAYAAN akan tercapai dengan IZIN ALLAH.

Monday, June 30, 2014

SALAM RAMADHAN






Salam Ramadhan kepada semua usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan. Satu lagi lembaran baru bagi Tahun 2014 ini pasti dimulakan dengan amalan yang mulia iaitu Puasa di Bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan." Antara KEISTIMEWAAN bulan Ramadhan adalah;

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Selamat Berjuang di Bulan Ramadhan.... 

Monday, June 23, 2014

RANGKAIAN PRODUK TERBAIK UNTUK ANDA

Assalamualaikum wbt...

Rich Resources Network adalah blog yang menghimpunkan rangkaian produk terbaik dimana ianya membantu BANYAK MASALAH KESIHATAN serta MASALAH KEWANGAN ANDA. Kami bersedia memberi BIMBINGAN, LATIHAN, dan TUNJUKAJAR tentang SELOK-BELOK STRATEGI PEMASARAN, ILMU PERNIAGAAN dan TERAPI KESIHATAN untuk anda.

Anda juga ditawarkan untuk menjadi PEGAWAI PEMASARAN kami dengan menyertai kami dalam Kumpulan Besar Rich Resources Network di Seluruh Negara. 

"KEJAYAAN ANDA ADALAH MATLAMAT KAMI"

Ismadi Bin Maharop - IBM
Bachelor in Business Marketing